Insurans Hayat
Insurans Hayat

Insurans Hayat: Jenis, Perlindungan dan Premium

Insurans Hayat adalah salah satu produk insurans yang paling biasa di Malaysia. Saudara dan rakan anda mungkin telah diinsuranskan. Jadi, apakah sebenarnya insurans hayat? Apakah perbezaannya? Apakah keperluan anda yang perlu dipertimbangkan sebelum memohon insurans hayat? Dan, bagaimanakah anda boleh membeli yang lebih menjimatkan kos? Biarkan GoBowtie menerangkan kepada anda.
Penulis Bowtie Team
Tarikh 2022-11-14
dikemas kini pada 2022-11-23
Kandungan
Apakah insurans hayat?Apakah jenis insurans hayat yang ada?Siapa yang perlu membeli insurans hayat?Bagaimana untuk mengira premium insurans hayat di Malaysia?Berapa jumlah yang diinsuranskan dengan Insurans hayat yang saya perlukan?Apakah yang perlu anda pertimbangkan semasa membeli insurans hayat?Bagaimana untuk membeli insurans hayat di Malaysia?FAQ

Apakah insurans hayat?

Polisi insurans hayat adalah kontrak antara insured dan syarikat insurans. Apabila orang yang diinsuranskan meninggal dunia, syarikat insurans akan memberi pampasan kepada benefisiari, benefisiari boleh segera mendapatkan sokongan ekonomi untuk mengelakkan kesan ekonomi yang disebabkan oleh kematian insured. Contohnya, kekurangan bekalan di rumah atau menjejaskan pendidikan sekolah anak-anak dan sebagainya, lindungi diri dan keluarga anda. Insurans hayat adalah produk pengurusan risiko yang sangat selamat, dan boleh memindahkan risiko kematian orang yang diinsuranskan kepada syarikat insurans. Perkara ini adalah perkara yang paling penting dalam perancangan kewangan. 

Anda boleh memilih jumlah tuntutan dan polisi insurans yang menyesuaikan keperluan peribadi anda. Premium adalah berdasarkan kepada dua keperluan ini. Salah satunya adalah keperluan polisi, seperti jumlah insurans, tempoh pembayaran, sama ada terdapat faedah simpanan, dan sebagainya. Satu lagi adalah keperluan peribadi, termasuk umur, jantina, keadaan kesihatan dan tabiat hidup orang yang diinsuranskan.

Apakah jenis insurans hayat yang ada?

Insurans hayat boleh dibahagikan kepada dua jenis: (1) Insurans hayat dan simpanan , (2) Insurans hayat am.

 

Insurans hayat dan simpanan Insurans hayat am
Sifat Produk pelaburan yang jangka panjang

Produk Jaminan biasa/Jaminan tetap

Kandungan polisi insurans

Perlindungan hayat dan pulangan simpanan Perlindungan hayat
Tempoh polisi insurans Jaminan sehingga anda meninggalkan dunia.

1 tahun, 5 tahun, 10 tahun dan 20 tahun

Premium

Lebih mahal Lebih murah
Pemegang polisi yang sesuai · Beban kewangan lebih kurang

· Semoga mendapat pulangan dan perlindungan yang stabil

· Beban kewangan lebih banyak

· Perlu perlindungan yang lebih banyak

1. Insurans hayat dan simpanan

“Insurans hayat dan simpanan” boleh memberikan manfaat insurans hayat serta insurans simpanan pada masa yang sama, dan “Insurans hayat keseluruhan” adalah salah satu insurans simpanan hayat yang terbiasa di Malaysia.

Operasi “Insurans hayat dan simpanan” melibatkan tentang jabatan pelaburan sebuah syarikat insurans. Melalui pelan pelaburan jangka panjang dan stabil, syarikat insurans boleh memperoleh pendapatan yang stabil. Dan pendapatan ini boleh digunakan sebagai “pulangan keuntungan” dan “pulangan kecuali keuntungan” untuk polisi insurans. Syarikat insurans akan melaburkan pendapatan mereka dalam bon berkadar tinggi (contohnya : bon kerajaan), sebab faedah bon adalah tetap, boleh diramal dan lebih tinggi daripada faedah ke atas deposit simpanan bank. Jika menghadapi persekitaran faedah yang rendah, dan untuk meningkatkan potensi kadar faedah polisi, sesetengah syarikat insurans juga akan membuat pelaburan rendah lain (contohnya : engedarkan saham blue chip berkepentingan tinggi atau pulangan sewa dalam pasaran hartanah).

 Insurans hayat dan simpanan adalah aset yang berharga, jadi apabila anda memerlukannya, anda boleh memohon pinjaman daripada syarikat insurans atau bank sebagai cagaran untuk pinjaman tersebut. Sudah tentu, pemegang polisi juga perlu membayar faedah yang sepadan. Insurans hayat dan simpanan memerlukan masa yang agak lama untuk mencapai pulangan yang memuaskan. Jika anda menyerahkan insurans terlalu awal, jumlah pengeluaran terakhir mungkin lebih rendah daripada jumlah premium yang dibayar.

Selain itu, insurans hayat dengan komponen simpanan akan memampatkan semua premium untuk keseluruhan tempoh perlindungan dalam tempoh caruman terhad, dan sebahagian daripada premium akan digunakan untuk pelaburan dan perbelanjaan lain, yuran pentadbiran dan komisen kakitangan jualan. Oleh itu, premium insurans hayat dan simpanan akan lebih mahal daripada insurans hayat bertempoh, inilah boleh menjaga kehidupan anda dengan baik.

2. Insurans hayat am (Insurans hayat tanpa simpanan)

Dikenali sebagai “Insurans Hayat Am” atau “Insurans Hayat Berjangka”, tujuan utama premium pemegang polisi adalah untuk membayar perlindungan hayat.

Manfaat terbesar insurans hayat berjangka adalah premiumnya lebih murah, kerana polisi ini tidak mengandungi sebarang simpanan, keuntangan atau komponen pelaburan, dan tempoh jaminan insurans adalah terhad. Selalunya, insurans ini tidak akan dijamin terlalu lama atau perlindungan seumur hidup, tempoh pembayaran juga agak fleksibel, biasanya dibahagikan kepada 1 tahun, 5 tahun, 10 tahun dan 20 tahun. Insurans jenis ini adalah insurans pengguna, polisi tidak mempunyai nilai tunai. Walaupun anda memutuskan untuk tidak memperbaharui insurans apabila insurans ini tamat tempoh, tidak perlu risau masalah tentang sama ada nilai polisi melebihi jumlah premium. 

Yang kepentingannya, struktur produk insurans hayat jenis ini jelas dan mudah difahami. Oleh itu, butiran jaminan produk syarikat insurans utama di pasaran adalah serupa-rupanya, lebih mudah bagi pemegang polisi untuk membandingkan syarikat insurans yang berbeza, pemegang polisi boleh mencari produk insurans hayat yang paling kos efektif. 

Siapa yang perlu membeli insurans hayat?

Sekarang anda sudah memahami insurans hayat,  mungkin anda ada satu soalan tentang, “Adakah saya mestilah perlu membeli insurans hayat?”

Pada dasarnya, ini adalah ditentukan oleh keadaan  keluarga individu dan beban kewangan. Jika ada salah satu keadaan yang berikut sesuai dengan situasi yang anda hadapi sekarang, keikhlasan berharap anda boleh mendapat perlindungan yang sesuai dalam hidup anda, kami akan mengesyorkan anda untuk membeli insurans hayat.

1. Anda adalah pencari nafkah utama keluarga

Jika pendapatan seseorang adalah sumber pendapatan utama bagi seluruh keluarga, kalau orang ini meninggal dunia, sekali orang ini meninggal dunia, ahli keluarga akan menghadapi kehilangan jaminan kewangan serta-merta. Menurut cadangan kami, selepas anda mengira perbelanjaan harian keluarga anda, beli insurans hayat dengan perlindungan yang mencukupi, memberi ketenangan jiwa kepada ahli keluarga anda.

2. Anak-anak anda masih kecil

Dizaman kos sara hidup semakin meningkat, bukan mudah untuk membesarkan anak-anak terutama buat mereka yang mempunyai keluarga yang besar. Jika tinggal di bandar, sudah tentu ianya cabaran besar dan tekanan kepada ibu bapa.Diakui kos untuk membesarkan anak-anak memerlukan kos yang besar. Malah, kajian turut mendedahkan anggaran kos membesarkan anak bermula dari saat kehamilan sehingga usia mereka mencecah 23 tahun mencecah RM300 ribu. Untuk mengelakkan jika, jadi anda perlu mempertimbangkan kalau anda meninggal dunia, Jadi anda perlu mempertimbangkan sekiranya anda meninggal dunia, adakah suami atau isteri anda mempunyai keupayaan untuk membesarkan anak-anak secara berdikari? Dalam keadaan ini, beli insurans hayat boleh memberi anak-anak anda masa depan dan perlindungan yang terjamin.

3. Pinjaman aset anda

Jika anda sedang membayar hutang melalui secara ansuran, seperti pinjaman rumah, kalau anda meninggal dunia tanpa diduga, hutang ini mungkin dipindahkan kepada keluarga anda, dan mereka akan terus membayarnya. Dalam keadaan ini, insurans hayat boleh memberi anda dan keluarga sokongan kewangan yang lebih besar, membantu anda menyelesaikan beban hutang, dan terus mengekalkan aset sedia anda.

4. Anda adalah pengasas syarikat

Jika anda memiliki perniagaan, dan kematian anda akan menyebabkan syarikat berhenti operasi, anda boleh membeli insurans hayat, untuk mengekalkan operasi berterusan perusahaan. Walaupun syarikat tidak boleh terus beroperasi, jumlah tuntutan juga boleh digunakan untuk membayar kos kebankrapan, pemutusan gaji dan perbelanjaan lain.

Bagaimana untuk mengira premium insurans hayat di Malaysia?

Jika anda membeli insurans hayat yang merangkumi simpanan, secara amnya, akan ada tempoh caruman tetap, contohnya, 10 tahun hingga seumur hidup, dan sebagainya. Pada dasarnya, premium akan ditetapkan pada masa pembelian anda, premium dalam tempoh ini adalah tetap. 

Jika anda memilih insurans hayat am, dan perlu memperbaharui insurans anda dengan kerap, walaupun premium tidak berubah semasa tempoh berkesan jaminan, tapi apabila memperbaharui insurans anda, anda boleh melaraskannya mengikut umur sebenar insured pemegang polisi.

Premium insurans hayat dipengaruhi terutamanya oleh faktor-faktor berikut:

  1. Umur : Semakin tua umur, risiko meninggal dunia yang lebih tinggi , dan oleh itu semakin tinggi premiumnya.
  2. Jantina: Purata jangka hayat kaum wanita adalah hampir lima tahun lebih lama daripada lelaki, jadi premium lelaki akan lebih tinggi daripada wanita.
  3. Merokok : Merokok meningkatkan risiko pelbagai penyakit, dan risiko kematian agak tinggi, insurans polisi juga akan diselaraskan secara relatif.
  4. Mempunyai penyakit atau sejarah penyakit keluarga : Jika anda menghidapi penyakit seperti kolesterol tinggi dan kencing manis, atau sejarah penyakit keluarga, premium juga akan diselaraskan.

Berapa jumlah yang diinsuranskan dengan Insurans hayat yang saya perlukan?

Enam faktor berikut yang perlu anda pertimbangkan dan mengira dengan Insurans hayat:

  1. Beban hutang tertunggak , contohnya pinjaman perumahan.
  2. Perbelanjaan pengebumian.
  3. Keperluan kewangan suami atau Isteri, contohnya perbelanjaan keluarga.
  4. Keperluan pendidikan anak-anak.
  5. Insurans dan aset yang sedia ada.
  6. Kadar inflasi.

Anda juga boleh menggunakan kalkulator insurans untuk mengira jumlah perlindungan insurans yang anda perlukan.

Apakah yang perlu anda pertimbangkan semasa membeli insurans hayat?

1. Menilai keperluan insurans anda

Adakah anda sumber pendapatan utama seisi keluarga? Berapa ahli keluarga yang bergantung harap kepada anda dari segi kewangan? Jika anda meninggal dunia malangnya, Apakah sumber kewangan yang boleh diharapi oleh keluarga anda untuk menampung perbelanjaan sara hidup dan hutang yang perlu dibayar? 

Terlebih, sebelum membeli insurans hayat, anda mesti memahami keperluan anda, dan boleh menjawab soalan di atas dengan jelas. Jika tidak, anda mungkin tidak boleh membeli insurans yang sesuai dengan jumlah yang diinsuranskan anda, dan kaedah pembayaran untuk tuntutan kematian. Kami amat berharap anda boleh memilih insurans yang sesuai untuk anda.

2. Bandingkan jenis insurans hayat yang berbeza

Seperti yang dinyatakan di atas, insurans hayat terbahagi kepada dua jenis: (1) insurans hayat dan simpanan, (2) insurans hayat am. Insurans hayat dan simpanan lebih sesuai untuk perlindungan jangka panjang, keupayaan kewangan yang lebih tinggi, dan orang yang semoga ada pulangan wang simpanan dari Insurans. Insurans hayat am lebih sesuai untuk kaum muda, Perlu jumlah jaminan yang lebih banyak, dan kaum yang mempunyai toleransi risiko rendah.Oleh itu, anda boleh memilih jenis insurans yang sesuai dengan anda mengikut keperluan peribadi anda.

3. Pilih insurans yang anda mampu

Sebelum membeli insurans hayat, anda perlu mengesahkan lagi dan lagi sama ada anda mempunyai kapasiti caruman yang mencukupi. Sekiranya anda salah mengira kemampuan anda, mengakibat tiada atau lewat pembayaran premium, insurans polisi akan batal pada bila-bila masa. Keadaan ini bukan sahaja membazirkan wang anda, dan juga akan kehilangan perlindungan kepada keluarga.

4. Fahami perlindungan tentang pelan insurans hayat

Terdapat banyak jenis insurans hayat di pasaran, tahap perlindungan berbeza-beza, tahap perlindungan berbeza-beza. Kami amat mencadang anda membaca terma polisi insurans secara terperinci sebelum memohon insurans, memahami liputan dan pengecualian pelannya, supaya menggelakkan apabila kejadian berlaku anda akan menghadapi kerugian.

5. Perisa sejarah tuntutan syarikat insurans

Apabila membeli insurans hayat, sudah tentu anda ingin dilindungi apabila anda memerlukannya. Untuk memastikan syarikat insurans dapat menunaikan janjikannya.  Untuk memastikan syarikat insurans dapat menunaikan janjikannya, bayar jumlah tuntutan yang dinyatakan dalam kontrak, anda boleh mengkaji kadar tuntutan syarikat insurans terlebih dahulu. Kalau sebahagian daripada tuntutan telah ditolak, dan anda rasa alasan penolakan itu tidak munasabah, jadi ini akan menjejaskan keputusan pembelian akhir anda.

Bagaimana untuk membeli insurans hayat di Malaysia?

Pada zaman teknologi canggih ini, anda masih boleh pergi ke syarikat insurans untuk bertanya dan membeli insurans yang sesuai untuk anda. Kecuali itu, anda juga boleh menghubungi pesuruhjaya untuk memohon insurans di Internet, prosesnya lebih cepat dan lebih mudah.

Istilah biasa untuk insurans hayat

Benefisiari

Apabila orang yang diinsuranskan meninggal dunia, orang ini (benefisiari) akan menerima tuntutan insurans.

Nilai tunai

Merujuk kepada nilai polisi insurans, selalu ditemui dalam polisi insurans yang mempunyai komponen simpanan. Apabila kontrak ditamatkan, kos perlindungan, perbelanjaan operasi (Seperti komisen dan yuran pengurusan, dengan sebagainya), akan ditolak daripada premium insurans yang dibayar dalam setiap tempoh , dan ditambah dengan keuntangan yang dijana oleh baki premium. 

Keuntangan (Bonus)

Keuntangan boleh dibahagikan kepada dua jenis(1) keuntangan akhir, (2) Bonus berbalik. Keuntangan akhir akan dibayar sekali gus pada tarikh tamat polisi. Amaun akan berubah-ubah mengikut apabila pemegang polisi menyerahkan insurans, pulangan pelaburan dan keadaan pasaran pada masa itu, dan tidak akan mengumpul baki dalam polisi; Biasanya, bonus berbalik diumumkan setahun sekali, selepas jumlah diumumkan, pengedaran akan dijamin. Biasanya, bonus berbalik diumumkan setahun sekali, selepas jumlah diumumkan, pengedaran akan dijamin, dan akan terkumpul dalam Insurans polisi,  pemegang polisi boleh ditarik balik pada bila-bila masa. 

Pilihan tuntutan kematian

Untuk memenuhi keperluan pemegang polisi yang berbeza, sesetengah syarikat insurans akan menyediakan pilihan yang berbeza untuk penyelesaian tuntutan kematian. Pemegang polisi bebas menentukan tahap perlindungan dan jumlah tuntutan kematian.

Pilihan pembayaran tuntutan kematian 

Pilihan pembayaran tuntutan insurans hayat terbahagi kepada tiga jenis : (1) Bayaran sekali, (2) Ansuran bulanan, (3) Bayar jumlah yang ditetapkan dalam satu jumlah sekali, selepas itu baki kemudiannya diagihkan secara ansuran bulanan.

FAQ

Apakah perbezaan antara Insurans Hayat Berjangka dan Insurans Seumur Hidup?

Perbezaan terbesar antara Insurans Hayat Berjangka dan Insurans Seumur Hidup ialah Insurans Hayat Berjangka lebih murah, kerana polisi ini tidak mengandungi sebarang komponen simpanan, faedah atau pelaburan, dan tempoh jaminan insurans adalah terhad.

Bagaimana untuk mengira premium insurans hayat?

Premium adalah berdasarkan kepada dua keperluan ini. Salah satunya adalah keperluan polisi, seperti jumlah insurans, tempoh pembayaran, sama ada terdapat faedah simpanan, dan sebagainya. Satu lagi adalah keperluan peribadi, termasuk umur, jantina, keadaan kesihatan dan tabiat hidup orang yang diinsuranskan.

Share
Maklumat di atas disediakan oleh Bowtie Teamuntuk tujuan maklumat sahaja. Bowtie tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau pihak ketiga untuk sebarang kerugian atau keburukan, secara langsung atau tidak langsung yang disebabkan oleh perundingan anda atau penggunaan maklumat berkaitan.

Artikel Berkaitan

Topik lain

© 2024 Bowtie Life Insurance Company Limited. Semua hak cipta terpelihara.

Your Browser is outdated. To have a better user experience, please upgrade or change another browsers. OK