Setakat ini, sistem pergigian Malaysia telah beroperasi hampir seratus tahun. Kini, ada sejumlah 1,670 kemudahan pergigian pelbagai jenis sehingga akhir tahun 2017. Anda boleh membuat janji temu dan berjumpa dengan doktor melalui sistem janji temu dalam talian.
Untuk melindungi kesihatan pergigian orang ramai di seluruh negara, hospital kerajaan menyediakan dasar rawatan perubatan caj yang rendah (RM1 atau percuma), supaya semua orang boleh menikmati perkhidmatan perubatan asas, termasuk warga emas, kumpulan populasi yang spesifik dan orang luar negara.
Di samping itu, pergigian kerajaan akan menghantar kakitangan perubatan ke sekolah rendah untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada pelajar, dan memberi pendidikan kebersihan tentang menjaga gigi.
Sebagai agensi utama perkhidmatan pergigian di Malaysia, Program Kesihatan Pergigian mengkategorikan perkhidmatan pergigian kepakaran di sektor awam kepada dua kumpulan dan 9 bidang. Kumpulan pertama ialah Hospital-Based 5 bidang, dan Non-Hospital Based 4 bidang.
Semua orang yang layak mendapat Perkhidmatan Klinik Pergigian Kerajaan, bawa IC (warga negara ) atau pasport ( dan salinan pasport bagi warga asing) bila anda pergi klinik.
Langkah 1: Buka “Sistem Janji Temu Klinik KKM” app atau website, Log masuk.
Langkah 2: Pilih “Jenis Klinik ”, “Jenis Rawatan”, “Tarikh” dan lain maklumat.
Langkah 3: Berjumpa atau berbual dengan doktor pada masa yang dijadual oleh anda.
Langkah 1: Buka “MySejahtera” app, klik “More”.
Langkah 2: Pilih “Digital Healthcare”.
Langkah 3: Pilih “Clinic Appointment Booking”.
Langkah 4: klik “Sistem Janji Temu Klinik KKM”.
Langkah 5: Muat turun “Sistem Janji Temu Klinik KKM” app, Log masuk.
Langkah 1: Buka “BookDoc” app atau website.
Langhah 2: Pilih doktor.
Langhah 3: Lok masuk dan mengesahkan butiran peribadi anda.
Langkah 4: Mengesahkan dan lengkapkan butiran janji temu sebelum pembayaran.
Langkah 5: Berjumpa atau berbual dengan doktor pada masa yang dijadualkan untuk melangkau baris gilir.
Bedahan mulut dan maksilofasial adalah merawat penyakit yang melibatkan bahagian mulut, muka, leher, kepala dan struktur-strukur yang selain-lainnya.
Pergigian Pediatrik menyedah pesakit yang berumur 16 tahun ke bawah pada masa rujukan pertama. Kumpulan pesakit yang diberi keutamaan seperti kanak-kanak dengan anomali kegigian seperti amelogenesis imperfecta, dentinogenesis imperfecta, hypodontia, supernumerari dan lain-lain.
Perubatan Mulut dan Patologi Mulut mendiagnosa penyakit samada di bahagian muka, mulut, kelenjar air liur dan rahang serta lesi mukosa mulut, kanser mulut dan sakit di bahagian muka.
Kepakaran Pergigian Keperluan Khas (KPKK) memberi rawatan pergigian kepada berumur 16 tahun dan ke atas yang mempunyai ketidakupayaan fizikal, intelektual, masalah psikologi dan psikiatri serta mereka yang mempunyai masalah perubatan yang kompleks.
Pergigian forensik menganalisis dan penjelasan yang menyeluruh di dalam apa-apa bukti pergigian yang dijumpai di dalam kes-kes pergigian forensik yang dirujuk. Kes-kes yang dilihat meliputi kedua-dua jenis kes iaitu kes-kes post mortum dan juga kes-kes klinikal pelbagai peringkat umur.
Rawatan ortodontik adalah pengurusan rawatan gigi yang tidak kemas. Ia disediakan untuk murid sekolah di bawah umur 18 tahun dan pesakit yang memerlukan penjagaan multidisplinari. Pada masa ini, terdapat 59 klinik menyediakan rawatan ortodontik di seluruh negara.
Periodontologi terhadap secara khusus dalam pencegahan, diagnosis dan rawatan penyakit yang berkaitan dengan tisu penyokong gigi. Selain itu, juga ada pembedahan berkaitan rehabilitasi fungsi seperti pembedahan gusim pembedahan flap, regenerasi gusi dan sebagainya.
Perkidmatan pergigian restoratif termasuk merangkumi prosedur konservatif lanjut, endodontik, prostodontik tetap dan boleh tanggal serta rawatan implan pergigian.
Untuk meningkat dan mengekalkan kesihatan pergigian seluruh negara, pergigian kesihatan awam memberi tumpuan kepada kanak-kanak toddler, pra sekolah, golongan remaja lepasan sekolah dan warga emas.
Kelas Satu | Kelas Dua | Kelas Tiga | |
Dalam mulut | RM 10
(satu filem) |
RM 5
(satu filem) |
RM 1
(satu filem) |
OPG dan Lateral | RM 70
(satu filem) |
RM 30
(satu filem) |
RM 10
(satu filem) |
Kelas Satu | Kelas Dua | Kelas Tiga | Pesakit Luar | |
Cabutan – sebatang gigi | RM15 | RM6 | Percuma | RM1 |
Tampalan – sebatang gigi | RM20 | RM8 | Percuma | RM2 |
Inlay*- sebatang gigi | RM40 | RM16 | Percuma | RM3 |
Korona*- sebatang gigi | RM40 | RM16 | Percuma | RM3 |
Rawatan Endodontik | RM55 | RM22 | Percuma | RM4 |
Pembuatan Dentur Penuh*
(Bawah/ Atas) |
RM100 | RM50 | RM25 | RM50 |
Pembuatan Dentur Separa Penuh* (Bawah/ Atas) | RM20 | RM10 | RM5 | RM10 |
Harga | |
Aplians Tetap | RM500 |
Aplians Boleh Tanggal (Mudah) | RM100 |
Aplians Boleh Tanggal (Kompleks) | RM200 |
Price | |
Laporan ringkas dari pegawai perubatan | RM40 |
Laporan ringkas dari pakar | RM80 |
Laporan perubatan lengkap disediakan oleh pakar | RM200 – RM1000 bergantung kepada jenis laporan |
Pada masa ini, terdapat 668 klinik pergigian kerajaan di seluruh negara. Untuk senarai penuh klinik gigi kerajaan, klik di sini untuk meneroka lebih lanjut.
Kalau anda adalah warganegara yang berumur 60 tahun dan ke atas, anda boleh dapat caj pendaftaran pesakit luar yang percuma di klinik pergigian dan klinik pakar pergigian. Selain itu, pesakit wad kelas tiga diberi pengurangan caj 50% dengan caj maksimum sebanyak RM250 bagi setiap kemasukan di hospital.
Hospital-Based:
Non-Hospital Based:
© 2024 Bowtie Life Insurance Company Limited. Semua hak cipta terpelihara.