Pergigian
Pergigian

Harga Klinik Gigi Kerajaan & Panduan Appointment

Klinik pergigian kerajaan di Malaysia terkenal dengan kos rendah dan berkualiti tinggi. Ingin membuat temu janji tetapi tidak tahu bagaimana? Bowtie MY hadir untuk memberi anda gambaran lengkap tentang klinik pergigian kerajaan di Malaysia.
Penulis Bowtie Team
Tarikh 2022-12-06
dikemas kini pada 2022-12-21
Kandungan
Gambaran keseluruhan klinik pergigian kerajaanSiapakah yang layak mendapat perkhidmatan klinik pergigian kerajaan?Cara membuat temujanji di klinik pergigian kerajaanPerkhidmatan klinik pergigian kerajaanHarga klinik pergigian kerajaanKlinik pergigian kerajaan FAQ

Gambaran keseluruhan klinik pergigian kerajaan

Setakat ini, sistem pergigian Malaysia telah beroperasi hampir seratus tahun. Kini, ada sejumlah 1,670 kemudahan pergigian pelbagai jenis sehingga akhir tahun 2017. Anda boleh membuat janji temu dan berjumpa dengan doktor melalui sistem janji temu dalam talian.

Untuk melindungi kesihatan pergigian orang ramai di seluruh negara, hospital kerajaan menyediakan dasar rawatan perubatan caj yang rendah (RM1 atau percuma), supaya semua orang boleh menikmati perkhidmatan perubatan asas, termasuk warga emas, kumpulan populasi yang spesifik dan orang luar negara.

 Di samping itu, pergigian kerajaan akan menghantar kakitangan perubatan ke sekolah rendah untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada pelajar, dan memberi pendidikan kebersihan tentang menjaga gigi.

Sebagai agensi utama perkhidmatan pergigian di Malaysia, Program Kesihatan Pergigian mengkategorikan perkhidmatan pergigian kepakaran di sektor awam kepada dua kumpulan dan 9 bidang. Kumpulan pertama ialah Hospital-Based 5 bidang, dan Non-Hospital Based 4 bidang.

Siapakah yang layak mendapat perkhidmatan klinik pergigian kerajaan?

Semua orang yang layak mendapat Perkhidmatan Klinik Pergigian Kerajaan, bawa IC (warga negara ) atau pasport ( dan salinan pasport bagi warga asing) bila anda pergi klinik.

Cara membuat temujanji di klinik pergigian kerajaan

Sistem Janji Temu Klinik KKM

Sistem Janji Temu Klinik KKM

Langkah 1: Buka “Sistem Janji Temu Klinik KKM” app atau website, Log masuk.

Langkah 2: Pilih “Jenis Klinik ”, “Jenis Rawatan”, “Tarikh” dan lain maklumat.

Langkah 3: Berjumpa atau berbual dengan doktor pada masa yang dijadual oleh anda.

MySejahtera

MySejahtera

Langkah 1: Buka “MySejahtera” app, klik “More”.

Langkah 2: Pilih “Digital Healthcare”.

Langkah 3: Pilih “Clinic Appointment Booking”.

Langkah 4: klik “Sistem Janji Temu Klinik KKM”.

Langkah 5: Muat turun “Sistem Janji Temu Klinik KKM” app, Log masuk.

BookDoc

BookDoc

Langkah 1: Buka “BookDoc” app atau website.

Langhah 2: Pilih doktor.

Langhah 3: Lok masuk dan mengesahkan butiran peribadi anda.

Langkah 4: Mengesahkan dan lengkapkan butiran janji temu sebelum pembayaran.

Langkah 5: Berjumpa atau berbual dengan doktor pada masa yang dijadualkan untuk melangkau baris gilir.

Perkhidmatan klinik pergigian kerajaan

Kepakaran Hospital-Based

1. Bedah Mulut dan Maksilofasial

Bedahan mulut dan maksilofasial adalah merawat penyakit yang melibatkan bahagian mulut, muka, leher, kepala dan struktur-strukur yang selain-lainnya.

2. Pergigian Pediatrik

Pergigian Pediatrik menyedah pesakit yang berumur 16 tahun ke bawah pada masa rujukan pertama. Kumpulan pesakit yang diberi keutamaan seperti kanak-kanak dengan anomali kegigian seperti amelogenesis imperfecta, dentinogenesis imperfecta, hypodontia, supernumerari dan lain-lain.

3. Perubatan Mulut dan Patologi Mulut

Perubatan Mulut dan Patologi Mulut mendiagnosa penyakit samada di bahagian muka, mulut, kelenjar air liur dan rahang serta lesi mukosa mulut, kanser mulut dan sakit di bahagian muka.

4. Pergigian Keperluan Khas

Kepakaran Pergigian Keperluan Khas (KPKK) memberi rawatan pergigian kepada berumur 16 tahun dan ke atas yang mempunyai ketidakupayaan fizikal, intelektual, masalah psikologi dan psikiatri serta mereka yang mempunyai masalah perubatan yang kompleks.

5. Pergigian Forensik

Pergigian forensik menganalisis dan penjelasan yang menyeluruh di dalam apa-apa bukti pergigian yang dijumpai di dalam kes-kes pergigian forensik yang dirujuk. Kes-kes yang dilihat meliputi kedua-dua jenis kes iaitu kes-kes post mortum dan juga kes-kes klinikal pelbagai peringkat umur.

Kepakaran Non-Hospital Based

1. Ortodontik

Rawatan ortodontik adalah pengurusan rawatan gigi yang tidak kemas. Ia disediakan untuk murid sekolah di bawah umur 18 tahun dan pesakit yang memerlukan penjagaan multidisplinari. Pada masa ini, terdapat 59 klinik menyediakan rawatan ortodontik di seluruh negara.

2. Periodontik

Periodontologi terhadap secara khusus dalam pencegahan, diagnosis dan rawatan penyakit yang berkaitan dengan tisu penyokong gigi.  Selain itu, juga ada pembedahan berkaitan rehabilitasi fungsi seperti pembedahan gusim pembedahan flap, regenerasi gusi dan sebagainya.

3. Pergigian Restoratif

Perkidmatan pergigian restoratif termasuk merangkumi prosedur konservatif lanjut, endodontik, prostodontik tetap dan boleh tanggal serta rawatan implan pergigian.

4. Pergigian Kesihatan Awam

Untuk meningkat dan mengekalkan kesihatan pergigian seluruh negara, pergigian kesihatan awam memberi tumpuan kepada kanak-kanak toddler, pra sekolah, golongan remaja lepasan sekolah dan warga emas.

Harga klinik pergigian kerajaan

Pemeriksaan Radiograf
  Kelas Satu Kelas Dua Kelas Tiga
Dalam mulut RM 10

(satu filem)

RM 5

(satu filem)

RM 1

(satu filem)

OPG dan Lateral RM 70

(satu filem)

RM 30

(satu filem)

RM 10

(satu filem)

Rawatan Pergigian
  Kelas Satu Kelas  Dua Kelas Tiga Pesakit Luar
Cabutan – sebatang gigi RM15 RM6 Percuma RM1
Tampalan – sebatang gigi RM20 RM8 Percuma RM2
Inlay*- sebatang gigi RM40 RM16 Percuma RM3
Korona*- sebatang gigi RM40 RM16 Percuma RM3
Rawatan Endodontik RM55 RM22 Percuma RM4
Pembuatan Dentur Penuh*

(Bawah/ Atas)

RM100 RM50 RM25 RM50
Pembuatan Dentur Separa Penuh* (Bawah/ Atas) RM20 RM10 RM5 RM10
Aplians Ortodontik
  Harga
Aplians Tetap RM500
Aplians Boleh Tanggal (Mudah) RM100
Aplians Boleh Tanggal (Kompleks) RM200
Laporan Perubatan Bertulis
  Price
Laporan ringkas dari pegawai perubatan RM40
Laporan ringkas dari pakar RM80
Laporan perubatan lengkap disediakan oleh pakar RM200 – RM1000 bergantung kepada jenis laporan
  • *tidak termasuk harga logam

Klinik pergigian kerajaan FAQ

1. Beberapa bilangan klinik gig kerajaan di Malaysia?

Pada masa ini, terdapat 668 klinik pergigian kerajaan di seluruh negara. Untuk senarai penuh klinik gigi kerajaan, klik di sini untuk meneroka lebih lanjut.

2. Ada apa faedah atau elaun pergigian untuk warga emas?

Kalau anda adalah warganegara yang berumur 60 tahun dan ke atas, anda boleh dapat caj pendaftaran pesakit luar  yang percuma di klinik pergigian dan klinik pakar pergigian. Selain itu, pesakit wad kelas tiga diberi pengurangan caj 50% dengan caj maksimum sebanyak RM250 bagi setiap kemasukan di hospital.

3. Bagaimanakah perkhidmatan gigi berasaskan hospital berbeza dengan bukan berasaskan hospital?

Hospital-Based:

  • Hospital kerajaan yang mempunyai perkhidmatan perubatan profesional asas yang di dalam hospital. 
  • Sebagai contohnya terdapat pergigian pediatrik, bedah Mulut dan Maksilofasial. 
  • Anda boleh pergi ke hospital untuk berunding dengan perkhidmatan berkaitan. 
  • Cajnya agak murah malah percuma.

Non-Hospital Based:

  • Perkhidmatan perubatan yang tidak ada di dalam hospital.
  • Contohnya Ortodontik,pergigian kesihatan awam dan sebagainya.
  • Anda boleh pergi ke institusi berkaitan untuk rawatan perubatan.
  • Cajnya berbeza mengikut kursus rawatan, tetapi masih lagi murah berbanding dengan hospital swasta.
Share
Maklumat di atas disediakan oleh Bowtie Teamuntuk tujuan maklumat sahaja. Bowtie tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau pihak ketiga untuk sebarang kerugian atau keburukan, secara langsung atau tidak langsung yang disebabkan oleh perundingan anda atau penggunaan maklumat berkaitan.

Artikel Berkaitan

Topik lain

© 2024 Bowtie Life Insurance Company Limited. Semua hak cipta terpelihara.

Your Browser is outdated. To have a better user experience, please upgrade or change another browsers. OK