Kanser
Kanser

Kanser Prostat: Gejala, Diagnosis & Rawatan

Kanser Prostat adalah kanser kedua paling biasa di kalangan lelaki di seluruh dunia. Ia juga merupakan punca utama kematian kelima akibat kanser dalam kalangan lelaki pada tahun 2020. Kira-kira 1 dalam 8 lelaki dianggarkan didiagnosis dengan kanser prostat sepanjang hayatnya. Penyakit ini lebih kerap berlaku di kalangan lelaki berusia tua. Purata umur diagnosis adalah sekitar 66 tahun. Ia jarang berlaku pada lelaki di bawah 40 tahun.
Penulis Bowtie Team
Tarikh 2022-07-18
dikemas kini pada 2022-07-18
Kandungan
Apakah itu Kanser Prostat? Simptom Kanser Prostat Jenis-jenis Kanser ProstatPunca & Faktor RisikoKomplikasi Kanser ProstatTahap Kanser Prostat DiagnosisRawatan dan kesan-kesan sampingannyaPencegahan

Kira-kira 1,414,259 kes kanser prostat dan 375,304 kematian kanser prostat dianggarkan berlaku di seluruh dunia pada tahun 2020.

Di Malaysia, kanser prostat adalah kanser ketiga paling biasa di kalangan lelaki, dengan kejadian 7.7/100,000 lelaki Malaysia.

Apakah itu Kanser Prostat?

Kanser Prostat berlaku apabila sel-sel dalam kelenjar prostat (kelenjar jantina lelaki) mula menumbuh di luar kawalan. Kelenjar prostat adalah kelenjar kecil berbentuk “walnut” pada lelaki yang penting untuk menghasilkan cecair air mani yang menyubur dan mengangkut sperma.

Kebanyakan kanser prostat tumbuh secara beransur-ansur dan kekal terhad kepada kelenjar, di mana ia mungkin tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, terdapat jenis lain yang bersifat agresif dan boleh merebak dengan cepat. Diagnosis awal adalah kunci kepada rawatan yang berjaya.

Simptom Kanser Prostat

Walaupun peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala, akan tetapi terdapat lima tanda amaran yang berpotensi untuk mengesan kanser prostat dan mereka adalah:

  1. Rasa sakit/pedih semasa membuang air kecil atau ejakulasi
  2. Kerap membuang air kecil, terutamanya pada waktu malam
  3. Sukar berhenti atau mula membuang air kecil
  4. Disfungsi erektil secara tiba-tiba
  5. Air kencing dan air mani berdarah

Gejala lain termasuk:

  1. Aliran air kencing yang lemah
  2. Sakit yang tidak dapat dijelaskan di sekeliling prostat, terutamanya semasa duduk

Dalam kes merebak di luar kelenjar prostat, mungkin terdapat bengkak di bahagian bawah badan, dan kehadiran sakit di bahagian badan belakang, pinggul atau tulang. Mungkin juga terdapat pergerakan usus yang tidak normal atau tabiat kencing dan penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan.

Jenis-jenis Kanser Prostat

Jenis kanser prostat bergantung kepada jenis sel yang terlibat:

 

  • Adenokarsinoma Prostat/ Kanser Prostat Kelenjar: Jenis yang paling biasa (kira-kira 99%) kanser prostat berkembang daripada sel kelenjar. Dua subjenis utama adalah:
  • Acinar/adenokarsinoma konvensional: Kanser mula berkembang di belakang prostat berhampiran rektum dan mungkin dirasai oleh doktor semasa pemeriksaan rektum. Ia meningkatkan paras Antigen Spesifik Prostat(PSA) dalam darah yang merupakan penanda utama untuk diagnosis. Jenis kanser ini menyumbang hampir semua adenokarsinoma prostat.
  • Adenokarsinoma duktus prostat (PDA): Ia adalah jenis adenokarsinoma yang jarang tetapi lebih agresif yang bertumbuh dan berkembang dengan lebih cepat. Selalunya berkembang bersama-sama dengan bentuk asinar tetapi dalam sel yang melapisi tiub dan saluran kelenjar prostat. Ia lebih sukar untuk dikesan kerana tahap PSA tidak meningkat.

Dorongan yang kerap untuk membuang air kecil, kencing/ejakulasi yang menyakitkan, dan darah dalam air mani adalah simptom adenokarsinoma prostat yang paling biasa.

Jenis lain yang jarang berlaku adalah:

 

  1. Karsinoma Sel Kecil: Kira-kira 1% daripada kanser prostat berkembang daripada sel bulat kecil dalam prostat. Mereka boleh merebak dengan cepat sekali, seperti merebak ke tulang.
  2. Karsinoma Sel Skuamosa: Jenis yang jarang tetapi berkembang pesat yang bermula dalam sel rata yang menutupi kelenjar prostat.
  3. Tumor neuroendokrin atau Carcinoids: Jenis yang jarang berlaku dalam sel saraf dan kelenjar yang membuat & mengeluarkan hormon.
  4. Karsinoma sel peralihan (atau urothelial): Tumbuh dalam uretra (tiub yang membawa air kencing keluar dari badan) dan merebak ke prostat, atau sebaliknya, akan tetapi ini adalah sangat jarang.

Sarkoma Prostat (juga dikenali sebagai kanser prostat tisu lembut): Menumbuh di luar kelenjar prostat, dalam tisu lembut prostat seperti otot dan saraf. Ia adalah jenis yang amat jarang berlaku, hanya merangkumi 0.1% daripada kes, iaitu kira-kira 1 dalam 1,000 lelaki.

Punca & Faktor Risiko

Mutasi DNA (terutamanya mutasi genetik BRCA1 dan BRCA2) diketahui sebagai faktor penyebab utama kanser prostat. Walaupun masih tidak pasti mengapa seseorang boleh menghidap kanser, faktor risiko yang ditunjukkan di bawah meningkatkan peluang untuk mendapat kanser prostat:

  • Umur: Kanser prostat jarang berlaku pada lelaki yang berumur di bawah 40 tahun. Kira-kira 6 dalam 10 kes ditemui pada lelaki yang berumur lebih daripada 65 tahun. Peluang untuk menghidap kanser meningkat dengan cepat pada lelaki selepas umur 50 tahun.
  • Etnik/Kaum: Lelaki Afrika Amerika dan lelaki Caribbean keturunan Afrikan berisiko lebih tinggi untuk mendapat kanser prostat berbanding dengan kaum lain.
  • Sejarah Keluarga: Kes kanser prostat yang diketahui dalam keluarga dalam kalangan ibu bapa atau adik-beradik boleh meningkatkan risiko mendapat kanser prostat.

Obesiti: Orang yang obes lebih berkemungkinan mendapat kanser yang agresif dan berulang.

Komplikasi Kanser Prostat

Kanser prostat boleh menyebabkan komplikasi di bawah:

  • Metastasis: Penyebaran kanser ke organ berdekatan seperti pundi kencing, tulang dan sistem limfa adalah komplikasi kanser prostat yang paling biasa. Selepas menyampai tahap metastasis, ia tidak mungkin sembuh sepenuhnya tetapi ia masih boleh dikawal.
  • Inkontinens Urinari: Inkontinens urinari didapati dalam penyakit dan semasa rawatan. Terdapat rawatan yang berbeza termasuk ubat-ubatan dan kateterisasi kepada pembedahan.
  • Disfungsi erektil: Seperti inkontinens, disfungsi erektil boleh berpunca daripada penyakit dan rawatannya. Ubat-ubatan dan peranti vakum dapat membantu apabila menghadapi komplikasi ini.

Tahap Kanser Prostat

Kanser Prostat dikelaskan secara klinikal dari tahap T1 hingga T4:

Tahap
T1 Tumor tidak dapat dirasai semasa pemeriksaan rektum atau dapay dilihati semasa pengimejan. Ia mungkin ditemui secara tidak sengaja semasa pembedahan untuk keadaan perubatan yang lain.
T2 Ketumbuhan tumor hanya terhad kepada prostat dan boleh dirasai semasa pemeriksaan rektum kerana saiznya. Ia juga boleh dilihat dalam pengimejan. Ia diklasifikasikan lagi sebagai

  • T2a: terdapat pada separuh bahagian sebelah prostat
  • T2b: merebak ke lebih daripada separuh bahagian, tetapi bukan kedua-duanya
  • T2c: menyerang kedua-dua prostat
T3 Tumor telah tumbuh dan merebak di luar prostat.

  • T3a: pertumbuhan di luar prostat
  • T3b: merebak ke saluran mani
T4 Tumor telah merebak ke tisu di sebelah prostat seperti rektum, pundi kencing, sfingter uretra, dan dinding pelvis.

Diagnosis

  1. DRE: Pemeriksaan Rektum Digital dilakukan oleh doktor dengan memasukkan jari bersarung tangan ke dalam rektum untuk merasakan sebarang bentuk atau ketebalan prostat yang tidak normal. Akan tetapi, ini tidak begitu berguna pada peringkat awal di mana tiada perubahan ketara yang boleh dirasai.
  2. Ujian darah untuk ujian PSA: Ujian darah melibatkan ujian untuk tahap Antigen Spesifik Prostat (PSA). PSA ialah sejenis protein yang dihasilkan oleh prostat pada penghidap kanser prostat. Keradangan pada prostat (prostatitis) juga boleh menyebabkan tahap PSA yang tinggi. Oleh itu, ujian pengesahan seperti MRI atau biopsi perlu dilakukan. 
  3. Ujian pengimejan: Ia amat penting untuk menggambarkan lokasi tumor dan penyebarannya. Imbasan MRI, CT atau PET akan dilakukan.
  4. Biopsi: Biopsi prostat selalunya dilakukan dengan jarum nipis untuk mengumpul sampel tisu prostat dan kemudian dihantar ke makmal patologi untuk menguji kehadiran sel kanser.

Rawatan dan kesan-kesan sampingannya

  1. Pembedahan: Prostatectomy Radikal melibatkan pembuangan kelenjar prostat. Ia adalah pilihan terbaik apabila pertumbuhan kanser hanya terhad kepada prostat. Pembedahan laparoskopi lebih kerap digunakan pada zaman ini kerana ia adalah pembedahan invasif minimum berbanding dengan prostatektomi radikal terbuka.
  2. Radioterapi: Melibatkan kursus terapi sinaran, terutamanya dalam kes lanjut untuk mencegah penyebaran kanser. Ia boleh dibahagi kepada dua jenis – terapi pancaran luaran di mana mesin bergerak di sekeliling badan mengarahkan pancaran sinaran berkuasa tinggi ke kawasan prostat; atau brakhiterapi (radiasi dalaman) di mana bahan radioaktif diletakkan terus ke dalam prostat menggunakan jarum berongga.
  3. Kemoterapi: Dadah digunakan untuk membunuh sel kanser yang berkembang pesat. Pemberian ubat adalah melalui vena atau pil oral.
  4. Terapi ablatif: Membekukan atau memanaskan tisu prostat untuk memusnahkan sel. Ia digunakan untuk merawat kanser prostat yang sangat kecil di mana pembedahan tidak boleh dilakukan. Krioterapi atau ‘Cryoablation’ melibatkan pembekuan tisu manakala HIFU (High-intensity focused ultrasound) menggunakan ultrasound intensiti tinggi untuk memanaskan tisu prostat.
  5. Terapi Hormon: Ia digunakan untuk mengurangkan saiz prostat dan mencegah pertumbuhan selanjutnya.
  6. Imunoterapi: Dadah digunakan untuk menguatkan imuniti sendiri untuk melawan sel-sel kanser.
  7. Terapi ubat yang disasarkan: Menggunakan ubat tertentu, terutamanya dalam kes lanjutan atau berulang jika pesakit tidak bertindak balas dengan baik terhadap terapi hormone.
  8. Menunggu dengan berjaga-jaga: Melibatkan pemantauan pesakit untuk simptom mereka dan hanya merawat mereka apabila terdapat tanda-tanda pertumbuhan kanser prostat. Ini amat berguna pada lelaki yang lebih tua yang menghidap kanser pada peringkat akhir kehidupan mereka di mana rawatan adalah penuh kepayahan untuk mereka memandangkan usia tua mereka. Pengawasan aktif ialah kaedah lain di mana DRE dan PSA dilakukan secara berterusan sebagai sebahagian daripada pemantauan.

 

Pencegahan

Pemeriksaan Rektum Digital (DRE) dan Antigen Spesifik Prostat (PSA) adalah antara langkah saringan yang paling biasa digunakan untuk mengesan kehadiran kanser. Jika seseorang itu berisiko menghidap kanser prostat, doktor akan menasihati menjalani saringan. Walau bagaimanapun, diagnosis pengesahan adalah sangat penting untuk mengesahkan penghidapan kanser.

1.Apakah kadar kelangsungan hidup kanser prostat?

Kadar kelangsungan hidup 5 tahun (peratusan orang yang hidup selepas 5 tahun diagnosis kanser) untuk orang yang menghidap kanser prostat ialah 99%. 1 daripada 3 lelaki akan berhidup selepas 5 tahun diagnosis, walaupun ia telah merebak ke bahagian badan yang lain. Kadar kelangsungan hidup telah bertambah baik dalam beberapa kebelakangan tahun ini dengan pilihan saringan dan rawatan yang lebih baik.

2.Bagaimanakah saya boleh memeriksa diri saya untuk kanser prostat?

Pakar perubatan tidak mengesyorkan melakukan DRE sendiri. Walau bagaimanapun, pemeriksaan biasa seperti ujian PSA & DRE yang dilakukan oleh doktor adalah amat berguna. Pilihan lain ialah berhati-hati terhadap simptom amaran seperti kencing yang menyakitkan, darah dalam kencing, dll boleh membantu dalam pengesanan awal.

Share
Maklumat di atas disediakan oleh Bowtie Teamuntuk tujuan maklumat sahaja. Bowtie tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau pihak ketiga untuk sebarang kerugian atau keburukan, secara langsung atau tidak langsung yang disebabkan oleh perundingan anda atau penggunaan maklumat berkaitan.

Artikel Berkaitan

Kanser Kolon: Simptom, Tahapan & Rawatan Kanser Kolon: Simptom, Tahapan & Rawatan
Kanser

Kanser Kolon: Simptom, Tahapan & Rawatan

Leukemia: Simptom, Gejala, Penyebab, Rawatan Leukemia: Simptom, Gejala, Penyebab, Rawatan
Kanser

Leukemia: Simptom, Gejala, Penyebab, Rawatan

Kanser Hati: Simptom, Penyebab dan Rawatan Kanser Hati: Simptom, Penyebab dan Rawatan
Kanser

Kanser Hati: Simptom, Penyebab dan Rawatan

Topik lain

© 2024 Bowtie Life Insurance Company Limited. Semua hak cipta terpelihara.

Your Browser is outdated. To have a better user experience, please upgrade or change another browsers. OK