Penyakit

Kencing Manis Jenis 1 dan Jenis 2 - Gejala, Peyebab dan Rawatan

Pada masa ini, 422 juta orang menghidap diabetes di seluruh dunia, tetapi kesedaran orang ramai tentang diabetes adalah sangat terhad. Sama ada anda menghidap diabetes atau sedang menjaga ahli keluarga yang menghidap diabetes, kami akan membimbing anda melalui semua maklumat penting tentang diabetes. Lebih banyak anda tahu, lebih banyak anda boleh membantu sendiri atau orang yang anda sayangi. Dalam menghadapi penyakit, maklumat yang cukup boleh membantu anda melalui kesukaran.
Penulis Bowtie Team
Tarikh 2022-03-11
dikemas kini pada 2022-06-08
Kandungan
Apakah diabetes? Apakah jenis diabetes yang berbeza?Gejala DiabetesPeyebab dan faktor-faktor risikoKomplikasi diabetesPemeriksaanRawatanKaedah Pencegahan/Pemerhatian KendiriSoalan Biasa

Menurut laporan Oriental Daily, Malaysia mendapat gelaran “Negara yang Paling Manis di seluruh Asia”. Mengikut National Health & Morbidity Survey (NHMS) kajian 2019, kira-kiranya ada 3.9 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes.Insiden telah meningkat daripada 13.4% pada 2015 ke 18.3% pada 2019. Itu bersamaan dengan 1 dalam 5 orang dewasa yang menghidap diabetes di Malaysia, dan 49% daripada mereka tidak tahu bahawa mereka telah menghidapi diabetes.

Apakah diabetes? Apakah jenis diabetes yang berbeza?

Anda mungkin pernah mendengar orang bercakap tentang “diabetes,”  contohnya orang yang menghidap diabetes mempunyai simptom dan komplikasi yang sama. Jika anda menghidap diabetes atau menjaga seseorang yang menghidap diabetes, anda mungkin memerlukan lebih banyak maklumat untuk memahaminya. Adakah anda tahu apakah jenis diabetes yang berbeza? Bowtie membantu anda memahami empat simptom yang tentang  diabetes.

Diabetes Jenis 1

Diabetes Jenis 1, dahulu dikenali sebagai “jenis tergantung insulin” atau “remaja diabetes”. Biasanya, diabetes jenis 1 didiagnosis pada kanak-kanak, remaja dan dewasa muda, tetapi juga boleh berlaku pada sesetengah orang dewasa. Diabetes jenis 1 adalah kurang biasa berbanding dengan diabetes jenis 2, dan hanya kira-kira 5-10% orang yang menghidap diabetes jenis 1. 

Glukosa adalah sumber tenaga untuk sel-sel badan, dan insulin adalah faktor utama untuk memasukkan glukosa ke dalam sel. Penghidap diabetes jenis 1 menghasilkan sedikit atau tiada insulin. Namun dengan bantuan terapi insulin dan rawatan lain, penghidap boleh menguruskan keadaan sendiri.

Diabetes Jenis 2

Diabetes jenis 2 adalah jenis diabetes yang paling biasa. Orang yang menghidap diabetes jenis 2 mempunyai rintangan insulin, dan badan juga menghasilkan insulin tetapi tidak dapat menggunakannya dengan berkesan, oleh itu mengakibatkan pengumpulan gula dalam darah. Walaupun sesetengah penghidap boleh mengawal indeks gula darah mereka dengan makan secara sihat dan bersenam, tetapi yang lain penghidap mungkin memerlukan ubat atau insulin untuk membantu mengawalnya.

Diabetes Semasa Hamil

Diabetes semasa hamil adalah sejenis diabetes yang berkembang semasa kehamilan pada wanita hamil yang tidak menghidap diabetes, seperti jenis diabetes lain, diabetes semasa hamil mempengaruhi sel menggunakan glukosa. Jika diabetes tidak dikawal dengan baik semasa hamil, gula darah tinggi akan menjejaskan kedua-dua bayi dan ibu semasa mengandung, semasa bersalin dan selepas kelahiran. *Bakal ibu boleh menguruskan diabetes semasa mengandung dengan makan secara sihat, bersenam dan mengambil ubat jika perlu. Bagi kebanyakan wanita hamil, indeks glisemik mereka akan cepat kembali normal selepas bersalin. Tapi, jika anda pernah menghidap diabetes semasa hamil, risiko anda menghidap diabetes jenis 2 adalah lebih tinggi.

Pradiabetes

Pradiabetes adalah keadaan kesihatan serius yang mana paras gula darah lebih tinggi daripada julat normal namun tidak cukup tinggi untuk didiagnos sebagai Diabetes Jenis 2. Menurut Berita Harian, *23.6 peratus rakyat Malaysia tidak menyedari mereka mempunyai pradiabetes dengan kondisi lain seperti paras kolestrol yang tinggi, hipertensi serta berat badan berlebihan. Walaupun kemungkinan diabetes jenis 2 adalah tinggi jika anda telah menghidap diabetes semasa hamil, tetapi keadaan ini boleh dielakkan. Anda boleh membantu indeks gula darah anda kembali normal dengan mengambil makanan seimbang, bersenam dan mengekalkan berat badan anda.

Gejala Diabetes

Gejala diabetes mungkin muncul apabila indeks gula darah dalam badan menjadi sangat tinggi. Gejala akan berbeza-beza bergantung pada gula darah menaik tinggi. Orang yang menghidap pradiabetes atau diabetes jenis 2 kadangkala tidak mengalami sebarang gejala. Gejala diabetes jenis 1 cenderung muncul dengan cepat dan menjadi lebih teruk. Oleh itu, mengenali gejala awal boleh membantu mencegah diabetes dan komplikasinya.

Gejala diabetes jenis 1 dan jenis 2 termasuk:

  • Kerap dahaga
  • Kerap kencing
  • Selalunya berasa sangat lapar
  • Berat badan menyusut dengan drastik
  • Keton tingkat tinggi dalam urine (*Keton terbentuk dari asid lemak di dalam badan apabila badan anda tidak menghasilkan cukup insulin untuk mengubah glukosa menjadi tenaga.)
  • Kepenatan
  • Mudah marah
  • Penglihatan kabur
  • Luka yang lambat sembuh
  • Jangkitan yang kerap, seperti jangkitan gusi atau kulit dan jangkitan faraj

Biasanya diabetes semasa hamil tidak mempunyai gejala. Anda perlu mengikut arahan doktor anda untuk menentukan faktor risiko anda menghidap diabetes semasa hamil, tetapi anda masih menjalani ujian untuk mengetahuinya.

Peyebab dan faktor-faktor risiko

Walaupun diabetes jenis 1 dan jenis 2 mempunyai nama yang mirip, tetapi mereka adalah penyakit yang berbeza, dengan punca dan faktor risikonya pun tak sama.

Faktor risiko diabetes jenis 1 termasuk:

  • Sejarah perubatan keluarga: Jika salah seorang ibu bapa atau adik-beradik menghidap diabetes jenis 1, risiko menghidap diabetes adalah lebih tinggi berbanding dengan jika tiada sejarah keluarga.
  • Umur: Diabetes jenis 1 boleh berlaku pada mana-mana umur, tetapi paling kerap berlaku pada kanak-kanak dan remaja.
  • Genetik: Kehadiran gen tertentu juga menunjukkan peningkatan risiko menghidap diabetes jenis 1.

Kalau anda mempunyai keadaan di bawah, akan meningkat risiko menghidap diabetes jenis 2:

  • Mempunyai simptom pra-diabetes, atau indeks gula darah meningkat sedikit.
  • Berat badan berlebihan atau obesiti
  • Mempunyai banyak lemak perut
  • Aktiviti badan yang tidak mencukupi
  • Berumur 45 tahun yang ke atas
  • Pernah menghidap diabetes semasa hamil
  • Melahirkan bayi dengan berat lebih daripada 9 lbs (4.08kg)
  • Ahli keluarga terdekat yang menghidap diabetes jenis 2
  • Menghidap Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)

Komplikasi diabetes

Komplikasi yang boleh berpunca daripada glukosa berlebihan jangka panjang dalam darah termasuk:

  • Penyakit mata, disebabkan oleh perubahan cecair dalam mata, pembengkakan tisu dan kecederaan pada saluran darah di dalam mata.
  • Masalah kaki, disebabkan oleh kecederaan saraf dan penurunan aliran darah ke kaki.
  • Penyakit gusi dan masalah pergigian lain, gula darah tinggi dalam air liur membantu bakteria yang bahaya bertumbuh di dalam mulut.
  • Penyakit jantung dan strok, disebabkan oleh kecederaan pada saluran darah dan saraf yang mengawal jantung dan saluran darah sekeliling.
  • Penyakit buah pinggang, disebabkan oleh kecederaan pada saluran darah di buah pinggang. Ramai orang penghidap diabetes mengalami tekanan darah tinggi, yang juga boleh memburukkan buah pinggang mereka.
  • Kecederaan saraf, disebabkan oleh kecederaan pada saraf dan saluran darah kecil yang membekalkan saraf dengan oksigen dan nutrien.
  • Jangkitan kulit, sesetengah keadaan kulit disebabkan oleh perubahan pada saluran darah kecil dan peredaran yang berkurangan. Penghidap diabetes lebih mudah terdedah kepada jangkitan, termasuk jangkitan kulit.

Pemeriksaan

Ini adalah satu pemeriksaan untuk mendiagnosis diabetes jenis 1 dan jenis 2 yang dipanggil pemeriksaan A1C (atau Hemoglobin, HbA1c) . Pemeriksaan darah ini mengukur purata indeks gula darah anda selama 2 hingga 3 bulan yang lalu. Doktor anda akan mengambil darah atau mencucuk sedikit jari anda untuk mendapat darah. Semakin tinggi indeks gula darah anda sejak beberapa bulan lalu, semakin tinggi indeks A1c anda. Indeks A1C sebanyak 6.5% atau lebih tinggi menunjukkan menghidapi diabetes.

Rawatan

  • Diabetes jenis 1: Orang yang menghidap diabetes jenis 1 tidak menghasilkan insulin, jadi dia mesti menyuntik insulin ke dalam badan dengan kerap.
  • Diabetes jenis 2: Penghidap diabetes jenis 2 boleh mengawal atau memperbaiki keadaan mereka melalui makan sihat dan bersenam. Jika perubahan gaya hidup tidak mencukupi untuk mengawal keadaan, doktor anda mungkin menetapkan ubat untuk membantu badan anda menggunakan insulin dengan lebih cekap. Memantau indeks gula darah juga penting untuk memperbaiki diabetes jenis 2. Di samping itu, doktor anda juga akan mengesyorkan agar anda memeriksa gula darah dengan kerap, dan jika indeks gula darah anda tinggi, doktor  mungkin akan mengesyorkan anda menyuntikan insulin

Kaedah Pencegahan/Pemerhatian Kendiri

Walaupun diabetes jenis 1 tidak dapat dicegah, tetapi boleh mengurangkan risiko menghidap diabetes jenis 2 dengan membuat perubahan gaya hidup berikut:

  • l Mengekalkan berat badan ideal
  • Jika anda ada keadaan berlebihan berat badan, anda boleh mendapatkan bantuan daripada profesional penjagaan kesihatan untuk membangunkan pelan penurunan berat badan.
  • Menambah aktiviti badan anda
  • Makan makanan sihat dan kurangkan makan makanan yang bergula tinggi atau diproses secara berlebihan.

Soalan Biasa

1. Apakah yang berlaku jika saya menghidap diabetes semasa hamil?

Dapatkan rawatan SEGERA! Anda boleh menguruskan diabetes semasa mengandung dengan rawatan awal seperti:

  • Periksa indeks gula darah anda untuk memastikan ia kekal dalam indeks yang sihat.
  • Makan jumlah makanan sihat yang cukup pada masa yang sesuai, seperti yang disyorkan oleh doktor atau Pakar nutrisi anda.
  • l Pastikan badan anda bergerak. Bincangkan dengan doktor anda senaman yang lebih baik untuk anda dan apa aktiviti yang anda perlu dielakkan.
  • l Perhatikan bayi anda. Doktor akan membantu anda memeriksa pertumbuhan dan perkembangan bayi anda.

Jika makan sihat dan aktiviti yang cukup tidak mengawal gula darah anda, doktor mungkin akan menetapkan insulin, metformin atau suplemen lain.

2. Adakah Makan Gula akan menyebabkan Diabetes Jenis 2?

Makan gula tidak secara langsung membawa kepada diabetes jenis 2, tetapi makan gula adalah risiko yang lebih besar jika anda berlebihan berat badan. Makanan dan minuman bergula tinggi mempunyai banyak kalori, dan apabila anda makan lebih banyak kalori daripada keperluan badan anda, berat badan anda bertambah.

3. Apakah makanan yang harus anda elakkan dengan diabetes?

Mengelakkan makan makanan yang akan meningkatkan indeks gula darah anda, dan mewujudkan rintangan insulin boleh membantu anda kekal sihat dan mengurangkan risiko komplikasi diabetes. Orang yang menghidap diabetes atau pradiabetes harus mengelakkan makanan yang mengandungi lemak tidak sihat, gula cair, bijirin yang diproses dan karbohidrat halus, seperti:

  •  Minuman manis gula
  • Lemak trans
  • Roti putih, nasi dan pasta
  • Yogurt perasa
  • Birin sarapan pagi yang manis
  • Madu, nektar agave dan sirap maple
  • Buah-buahan kering
  • Makanan ringan yang dibungkus
  • Jus buah-buahan
  • Kentang goreng
Share
Maklumat di atas disediakan oleh Bowtie Team. Kandungan disediakan untuk rujukan anda sahaja. Jika anda memerlukan sebarang nasihat perubatan peribadi, sila tanya dengan profesional penjagaan kesihatan yang berkelayakan.

Artikel Berkaitan

Hipertensi (Tekanan darah tinggi): Gejala, Peyebabdan Rawatan Hipertensi (Tekanan darah tinggi): Gejala, Peyebabdan Rawatan
Penyakit

Hipertensi (Tekanan darah tinggi): Gejala, Peyebabdan Rawatan

Topik lain

© 2022 Bowtie Life Insurance Company Limited. Semua hak cipta terpelihara.

Your Browser is outdated. To have a better user experience, please upgrade or change another browsers. OK